assalamualaikum..
sekarang nie.. saya selalu jer berdepan dengan masalah yang seringkali menyebabkan emosi saya terganggu.. kadangkala saya macam malas untuk hidup lagi menempuh kehidupan.. sehinggalah saya terbaca artikel ini..
3 kriteria orang yang sabar..
Pertama, maa wahanu (tidak pengecut atau tidak lemah mental). Apabila berhadapan dengan kesulitan hidup, dia memiliki self control mechanism. Dia segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain mengingatkannya. Nasihat orang lain agar dia bersabar hanya berperanan sebagai supplementary factor bagi stabiliti dirinya.
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya di atas pusara anaknya yang baru saja dimakamkan. Nabi menghampiri seraya bersabda, “Wahai ibu, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”
“Engkau tak tahu apa yang aku rasakan.” Katanya.
Nabi pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, “Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah SAW !.
Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad SAW ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali yang pertama!”
Ciri orang sabar yang kedua adalah maa dha’ufuu (tidak lesu – dari segi penampilan). Seseorang yang sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masalahnya kepada orang lain. Dia pantang menampilkan kelesuan di raut wajahnya, betapa sulit pun masalah yang dihadapi. Dia sedar betul bahawa tiada manusia di dunia yang luput dari masalah. Secanggih mana pun seorang pakar psikiatri atau psikologi dalam menangani masalah orang lain, nescaya dia juga tidak terlepas dari bebanan masalah. Walaupun mungkin orang sabar harus menampilkan kelemahan diri, maka dia sampaikan kepada Allah SWT di kesunyian malam melalui salat tahajud.
Ketiga, mastakaanuu (tidak menyerah atau tunduk – dari segi aktiviti). Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalam usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia bukanlah seorang pesimis, malah selalu memelihara dan mengembangkan sikap optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini, dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Bila setelah sekian kali menemui kegagalan, maka dia akan membuat keputusan untuk mengubah usahanya ke bidang yang lain. Yang pasti dia tak akan pernah memilih untuk duduk diam, tanpa usaha.
Seringkali manusia lupa bahawa hidup di dunia berbeza dengan di akhirat. Di akhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus di dalam syurga, atau sebaliknya mendapat siksa yang kekal di neraka jahannam. Sebaliknya kehidupan di dunia bersifat fana, nisbi dan penuh dinamik. Suka duka, berjaya gagal, rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada di atas manakala pada ketika yang lain dia berada di bawah. Dalam suasana yang dinamik inilah amat diperlukan sifat sabar.
*saya nak duduk sorang2 sambil pandang di langit dan melihat keindahan alam ciptaan Allah..*
*saya nak rasa kenikmatan syurga... tapi layakkah saya ?? *
No comments:
Post a Comment