Saturday, November 17, 2012

MRS.AZHAM FIDA'IY



Lama sudah tidak menaip blog. hu..hu..hu.. rindu sangat, macam - macam nak cerita kat blog nie. Ok, selepas satu bulan lebih saya dan suami merantau nun jauh. akhirnya kami kembali juga di rumah kesayangan kami.. 



Cantik tak rumah saya dan en.suami ??  he.he..he.. mungkin ianya satu impian yang tak mungkin akan jadi kenyataan. sebab en.suami dan saya sudah ada rumah impian kami. InsyaAllah ianya akan menjadi jikalau di izinkan. 
Bila balik rumah, tanggungjawab sebagai isteri kenalah saya laksanakan seperti


mengemas + mencuci + lap + masak.... tapi saya bertuah sebab ada suami yang memahami..




Dia sentiasa membantu saya dalam menjalankan tugas sebagai isteri.. sebab itu sebagai balasannya saya kasi dia makan nasi banyak-banyak. Sebab saya nak dia membesar dengan kuat dan sihat.


Beberapa hari yang lalu, saya mengalami masalah ditempat kerja.. Ya Allah, tekanannya. Kenapalah, hujung tahun, baru timbulnya masalah ini. Saya risau sangat, sudah tentu ianya akan menjejaskan prestasi kerja saya. saya sangat sedih.


tapi... saya bertuah sebab mempunyai seorang kawan yang memahami. Dia banyak membantu saya, memberi sedikit motivasi pada saya.Ianya sedikit sebanyak membantu dari segi emosi saya yang lemah ini. tq Allah kerana memberi kawan yang baik pada saya. Dan sebenarnya saya sayangkan dia. he..he..he.. tidak tahu dia taw @ tak.. ??




Dalam kesedihan  + kesusahan, suami sentiasa berada di belakang saya. Sekarang saya bertambah sayang akan dia. Kerana dia baik sangat walaupun dia bukan pendengar yang baik.        aaaakkkkkhhh !! Tapi dia sentiasa memberi saya nasihat yang bernas. Kearah kebaikkan.



Indahnya cinta selepas kahwin. Dan lebih indah lagi.. Keluarga En.suami pun sangat baik. Saya sangat selesa. tiada istilah mertua vs menantu. InsyaAllah, jika diizinkan saya nak anak lelaki saya jadi macam atuknya. Tidak sabar saya nak siap-siapkan anak lelaki saya pakai baju melayu dan pimpin tangan atuknya pergi ke surau. Mesti dia sangat comel.

Walaupun kami kekurangan dari segi harta benda.Yang pasti, iman kami kuat untuk NYA.



Sekarang kandungan saya sudah masuk empat bulan lebih...


Alhamdulilah dia kelihatan sihat. Yang pasti saya mesti rajin berdoa untuknya. Cepatlah masa berlalu sayang. Ibu rindukan kamu. Ayah pun tak sabar nak bermain dengan kamu. 



...............................................


ok itu sahaja cerita saya.

bosan ker.. ???

tidak apa, ianya cumalah diary kepada kehidupan saya. sebab saya memang pemalas nak tulis diary. dan saya seorang yang kuat pelupa....







No comments: