Assalamualaikum.
sudah lama tak mengupdated blog yang macam dah nak berkulat ni. Bila en.suami tiada disisi baru terasa bahawa en.suami lah yang paling berharga di hati ini. ukhhh ukkkhh ukkhhh.. jiwang pulak.
Sekarang saya sudah masuk 37minggu.. tapi pergi checkup hari itu, doktor kata belum lagi ada tanda-tanda nak keluar. Ya Allah, kenapalah baby saya ni lama sangat nak duduk dekat perut ibu ni. Setiap malam saya akan pujuk dia untuk keluar sebab saya nak melihat dia. Rasa macam tak sabar nak lihat agaknya muka dia macam saya @ en.suami. Orang kata kalau anak lelaki rupanya macam ibu dia , kalau anak perempuan macam ayahnya. Tapi saya berharap anak saya muka macam ayahnya.tidak kisah lelaki @ perempuan. he..he..he.. sebab macam mix sikit. kalau muka macam saya. tak comel. hhuuuhuhu fikir-fikir balik macam manalah en.suami bole suka pada hidung kembang ni. erkkkerkkk..
Sekarang bila hampir nak dekat masa ni, saya banyak kan berdoa, mengaji dan solat hajat. Kadang-kala saya takut juga bila hampir tiba ini. Takut akan jadi sesuatu yang tidak diingini. Sebab itu banyakkan lah berdoa kerana hanya itu pelindung untuk kita bila ditimpa kesusahan. Setakat ini saya sudah macam sedikit sakit dan tak selesa kerana perut yang semakin membesar dan menegang. Ya Allah susahnya untuk menjadi seorang ibu. Sampaikan saya bole kata pada en suami
"Abg, Da tau lepas ni tiga tahun baru kita ada anak lagi.. bole... ??? "
tau tak ape jawapan suami saya..
NO !!!
ok.. fine.. syurga isteri di tapak kaki suami kan.. ??
Sebenarnya bila saya mengandung ini, banyak sangat dugaannya.. sampaikan saya macam berputus asa untuk hidup. kadang-kala tidak tahu berapa banyak air mata yang telah saya keluarkan. mujur saya ada kawan-kawan disisi yang banyak menasihati saya. Dengan kata-kata nasihat mereka menjadikan saya tabah dan kuat. Dan saya juga berdoa supaya suatu hari nanti masa itu akan berubah dan saya akan menjadi orang yang berjaya. mungkin bukan sekarang mungkin akan datang. Sekarang anak dan suami saya lah penguat kepada kehidupan saya.
en.suami lah yang banyak memberi dorongan pada saya. dia sentiasa menyokong saya walaupun kadang-kadang ada juga benda yang terasa dihati tapi dia seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.Dia kuat membebel tapi dalam masa yang sama sentiasa buat saya tersenyum dan ketawa.
Sekarang cuti saya hampir tamat selepas saya bercuti selama seminggu. okhhh rasa macam malas nak kembali bekerja bila fikirkan keadaan yang semakin sarat ni. okhhh...tapi tidak apa.. buat dengan ikhlas Allah akan balas dengan kesenangan. InSyaAllah..
*all image copy & paste at google image.