Wednesday, February 15, 2012

Doaku..

Asslamualaikum..

dah lama rasanya tak updated blog.. saya rindukan blog nie..

saya cuma nak cakap.. yang..

saya bersyukur sebab Allah masih lagi memberi peluang untuk saya menikmati hidup ini.. merasai pahit manis menjadi hamba Allah dan memberi lagi kesempatan saya untuk bertaubat..

saya berasa gembira kerana masih lagi bekerja di tempat yang kadang2 saya sendiri tension.. tapi sebenarnya kalau saya tinggalkan, ianya akan membuatkan saya sedih..

saya gembira kerana masih lagi ada abah dan mak dalam hidup saya, melihat anak yang manja.. garang.. ketawa besar.. degil.. sumanya saya.. terima kasih abah dan mak..

saya sedih bile kawan2 makin menghilang mengikut perubahan masa.. menjadi seorang isteri yang taat.. menjadi tunang yang menghormati pasangan.. menjadi seorang ibu yang solehah.. tapi.. saya gembira kerana kawan2 saya bahagia..

semakin dewasa saya semakin ingin mendekatkan diri dengan Allah.. bukan ianya ingin membanggakan diri.. tapi kerana Allah telah memberikan saya sedikit hidayah..ianya telah memberikan saya seorang kawan yang telah menunjukkan saya pada ilmu agama... dan tunang yang sentiasa membimbing saya pada arah kebaikkan..

saya bersyukur kerana Allah.. masih lagi memberi saya otak yang cergas untuk berfikir.. mata yang sihat untuk melihat keajaiban dan keindahan.. badan yang sihat.. untuk saya meneruskan kehidupan ini untuk membantu keluarga saya..

Syukur Ya Allah masih memberi saya sedikit rezeki walaupun tidak menjadi kaya raya.. tapi saya tidak pernah rasa kesempitan kerana rezeki sentiasa ada walaupun nilainya kecil.. saya amat bersyukur yang tidak terhingga.. syukur menjadi orang yang sederhana..

akhir sekali..


Semoga engkau memberi ku peluang untuk menjadi isteri kepada lelaki yang ku cintai 'Azham Fida'iy Azkar.. semoga ku dapat menjadi isteri yang solehah.. dan jika diizinkannya, jika Allah memberikan  rezeki, kuharap dapat memberikan lagi kebahagiaan padanya dengan anak2 yang comel untuk di didik menjadi seorang soleh dan solehah.


amin..



doa untuk kelahiran yang ke 25 tahun..
nurul syahadah.. 6hb.Februari.1987.




No comments: